Friday, 8 May 2015

SERIBU SATU MACAM PERANGAI MANUSIA DAN KETIDAKFAHAMAN TERHADAP MANUSIA

Salam semua....

Dah lama aku tak update blog ni..naik bersawang dah kot..hihihi

Hari ni aku nak buat luahan perasaan sikit..sebenarnya dah banyak hari nak meluah perasaan ni tapi tak kesampaian so hari ni aku nak meluahkan................

Aku sebenarnya tak faham la dengan sorang manusia ni..dia mcm chipsmore sekejap datang pastu hilang, tapi kali ni dia datang lagi..dia datang buat baik, layan aku dengan baiknya, pastu dia datang dengan seribu satu janji..hmmm...dia masih dia yang sama..masih dia seperti dulu....

Nak dijadikan cerita..satu hari ni aku tak tau ape masalah dia..tiba2 aku kena block, ok aku call tanya kenapa tapi aku tak dapat jawapan yang aku nak...pastu dia janji untuk ambil aku di stesen bas..tiba-tiba aku call tanya boleh tak ambil dia dengan slumber dan tak ade perasaan jawab kat aku "tak boleh" masa tu Tuhan je yang tau ape aku rasa..mau menitis air mata depan orang ramai..(hati perempuankan mudah tersentuh dan lembut..hihihi poyo lah kau!!!!) lidah aku kelu dan aku terus letak phone...then aku sms dia jangan tunjuk muka dekat aku lagi.....

Sebenarnya..selama 5 tahun aku kenal dia..aku tak penah faham ape sebenarnya yang dia nak..sehingga sekarang aku tak tau ape sebenarnya dia nak bila dia cari aku balik dan ape sebenarnya masalah dia bila tiba-tiba aku kena block (hangin mak oiii bila kena blokc!!!) 

So aku cuba belajar daripada pengalaman...
Kadang-kadang kita kena selfish..
Kadang-kadang perempuan ni kena ade sifat lelaki jugak..kena ego sikit, kena keras hati sikit..
sebab perempuan ni dikurniakan dengan sifat muah lembut hati...sebab tu la kau jd macam ni..mudah sangat maafkan orang..hihihi

Jadi aku rasa sekarang aku kena say good bye!!!! good bye untuk orang yang suka-suka hati datang dan pergi...

buat semua PEREMPUAN..awak misteri seperti SEKSI OVARI!!!!

Monday, 2 March 2015

Kelmarin Dulu, Kelmarin, Semalam, Hari ini dan Ketika ini....Learn Something

Kelmarin dulu, kelmarin, semalam, hari ini dan ketika ini aku belajar sesuatu...sesuatu yang selama ini aku cuma buat endah tak endah, pandang sebelah mata sahaja..kenapa pada usia aku sekarang baru aku sedar untuk belajar tentang sesuatu itu? kenapa?? tanyalah pada diri sendiri bukan tanya pada orang lain...

Tak apa, belum terlambat lagi untuk belajar sesuatu itu..ya..belum terlambat....tp nak belajar sesuatu itu untuk masa sekarang harus berlari bukan merangkak seperti budak kecil lagi pada usia saya yang sekarang ini..hmm....tak apa kita cuba..hendak seribu daya tak nak seribu dalih kan...

Try to learn something and have to learn everything in this world sebelum kita terlambat. 
Sebenarnya banyak benda yang indah-indah dalam dunia ni yang aku baru belajar..mengenal budaya, perangai, suka duka setiap insan..sejarah disebalik setiap insan dan sejarah sesebuah negeri itu..betapa indahnya...indahnya dunia, indahnya setiap manusia dan indahnya ciptaan Allah itu...Subhanallah...

Aku terjumpa dengan seorang hamaba Allah yang sudi mengajar aku untuk mengenal dan belajar sesuatu itu..menghargai nikmat hidup dan cuba belajar bersabar..bersabar dari segala hal...aku cuba belajar sesuatu itu...

InsyaAllah dengan izinNya.....


Wednesday, 17 December 2014

Demam Piala AFF Suzuki Part 2!!!!

Salam...

Hi semua!!!


Nak cita kisah aku pegi tengok bola kat mamak semalam.. aku pegi lepak kat NZ Curry House Wangsa Link..aku sampai sana dalam pukul 6.30ptg, orang dah ramai masa tu, tak tau la dorang tu dtg pukul berapa..hihi tapi nasib baik aku dpt tempat duduk yg best dkt dengan screen so puas hati la.. Lepas maghrib orang dah start ramai...kira penuh la kedai mamak tu...

Aku puas hati jugak la dengan game semalam..aku suka tengok defence Thailand..bagus dorang main tapi team kita pun bagus gak semalam, dorang tak de la main tergopoh gapah sangat. tapi game semalam memang agak mencabar la..macam tak sabar pulak nak tunggu game dekat Bukit Jalil ni.. Pemain-pemain thailand muka muda-muda lagi pastu banyak yang hensem-hensem (hihihi...nampak tak..nampak tak.... hahahahaa) ok..berbalik pada game ok.. hiiii apa-apa pun aku salute la ngan team Malaysia and aku nak tunggu tengok game kat tempat kita nanti..aku doakan kejayaan Malaysia... sama-sama la kita sokong team kita ye.. Cewahhhh!!!!

See you at Bukit Jalil!! Yeaahhh!!!! 

Demam Piala AFF Suzuki!!!

Jom malam ni kita beramai-ramai memeriahkan mamak lepak tengok bola..hihihi bagi semangat sikit kat pasukan bola sepak kita..sebenarnya dah lama aku tak melepak tengok bola..dan dah lama tak tengok bola kat tv, mengikuti perkembangan bola sepak..padahal dulu aku minat bola sepak ni ntah kenapa lepas daripada semua pasukan bola sepak The Red Warrior diambil oleh JDT aku terus tak tengok bola..bukan la tak tengok langsung, tengok jugak tapi dah kurang.. so kali ni semangat nak tengok bola tu dah kembali cuma aku tak berkesempatan nak ke stadium je..aku malas nak bersesak-sesak ke stadium, aku lepak tengok screen besar kat mamak lagi best dan berbaloi sebab boleh nampak besar kan..hihihi
Selalunya orang laki mesti akan complain kalau pempuan tengok bola kan..pastu dorang akan cakap yang pempuan ni tengok bola sebab pemain-pemain dia hensem je..bukan tengok bola pada skill pemain-pemain tu..helloooo guys....ingat ktorg tak tau tengok ke, pada aku..aku suka tengok kumpulan yang pandai main dan skill-skill dorang bukan pada rupa je ok..tapi kalu tiba-tiba pemain yang pandai main tu hensem ape salahnya..hihihi 

Ate..moh le kita malam ni support team malaysia kita ye...hiiiii

Menghitung Hari...... hihihi

Salam...

Rasa mcm dah lama tak update blog ni..hiiii 

Nak tau pasal menghitung hari? menghitung hari untuk ape? bertunang?? kawin?? ooppss...tidak.....heee bukan la..menghitung hari untuk berambus dari company tteeettttt...................... hihi. Actually aku dapat offer keje lain, keje gomen gitu so aku pegi la keje baru tu sebab keje kat sini tak best....hahahaha boleh pulak gitu kan.... so aku menghitung hari la untuk pegi ke tempat baru.. tinggalkan kawan-kawan kat sini..bye2 korang....hiiii macam tak sedih je....   

So nanti bermula lah perjalanan hidup yang baru, tempat kerja baru, suasana kerja baru, kawan-kawan baru...kalau ade rezeki nak je minta tukar balik hometown..bestnya!! rindu family....huuuuu sob....sob....

So itulah kisah menghitung hari aku....hiiiiiiiiiiiiii

Thursday, 4 December 2014

S T R E S S ! ! ! ! !

Salam..

Hari ni rasa takde mood langsung nak buat keja..rasa stress sangat, macam-macam yang bermain dalam kepala otak ni...rasa macam nak pegi satu tempat yang boleh merehatkan minda untuk seketika.. (cewahhhhh) hmm....rasa macam nak pegi kedai buku, (kinokuniya, mph) pegi cari buku-buku motivasi, lepak situ sambil tenangkan fikiran then pegi tengok wayang..(hmmm...macam ok je...macam ok je....) 

Kadang-kadang kita perlukan masa untuk bersendiri, ALONE.....rasa nak diamkan diri buat seketika, taknak ade gangguan..pegi keja then balik keja rehat, tido..tak nak pikir pasal orang lain.. boleh tak macam tu?? 
Ape pun yang penting sekarang ni..Aku tengah S T R E S S ! ! ! !


Wednesday, 3 December 2014

Berubah dan Perubahan...............

Salam... Hi...

Nak bercakap pasal berubah dan perubahan ni.. aku tak tau la nak buat macam mana..sesungguhnya manusia ni akan berubah dengan kehendak dia sendiri. contoh ade orang minta kita untuk berubah..tak boleh ke dia terima kita seadanya macam mana diri kita yg asal dan yang sekarang ni? kenapa perlu berubah untuk puaskan hati dia sedangkan hati kita sendiri terseksa dengan perubahan tu?? hmmm....kadang-kadang aku pun tak faham dan tertanya-tanya dengan diri sendiri..nak sesempurna mana lagi? dah sejak azali lagi Allah ciptakan setiap manusia dengan perangai dan cara macam tu..ok la..kita nak berubah boleh..berubah ke arah kebaikan boleh dan tak salah..sangat di alu-alukan.. tapi kita kena tengok jugak la corak perubahan tu betul tak??? so pada aku boleh berubah, tak salah berubah dan berubah lah atas kehendak sendiri bukan atas permintaan orang lain dan paling afdal berubah ke jalan Allah..jalan yang diredhai betul tak?? hihi. 
Aku bercakap pasal benda ni sebab jadi pada diri aku sendiri..ye aku sedar aku ni baran, cepat naik angin, nama pun anak sulung kan..(heee...alasan pulak) tp aku naik angin bersebab bukan suka-suka, sape nak naik angin suka-suka..betul tak? kalau dah kau buat salah memang aku naik angin la kan..aku boleh cuba berubah untuk kebaikan diri aku sendiri..aku boleh cuba berubah supaya tak cepat naik angin dan control baran aku tu...hihihi InsyaAllah semoga Allah membimbing aku ke arah itu dan semoga dipermudahkan semuanya... hiiiiiii