Thursday 2 July 2015

PENGALAMAN BARU LAGI...KURSUS PENGACARA MAJLIS

Hi uolllsss...macam kat dlm entry aku yg td aku cakap banyak pengalaman aku dapat kat LPP ni kan..

Kali ni aku diberi peluang untuk pergi kursus Pengacaraan Majlis..aku betul-betul tak sangka dan terharu aku terpilih ke kursus ni dan diberi kepercayaan untuk belajar dan tuntut ilmu dalam bidang pengacaraan ni..

Kursus ni 3 orang peserta dari LPP yang dihantar..

Tempat : Vistana Hotel, Kuala Lumpur.










My Certificate!!!!
Lepas ni sape-sape ade job Pengacara Majlis nak offer boleh PM ye...heheheheee once again promoteeeee!! hihihihi 

Terima kasih kepada Cikgu Jais dengan tujuk ajar dan ilmu yang telah diberikan..saya akan cuba sahut cabaran Cikgu tu ok!!


Bermulanya ROCKESTRA LPP.................

Aku nak kongsi lagi pasal band yang aku involve tu...
Bermulanya penglibatan ktorang adalah semasa majlis persaraan anggota LPP...Tema pakaian Light Prefer Lavender sbb tu la semua berwarna purple ok..dan tema majlis "Kenduri Kahwin" sebab tu la ade pelamin...semua benda ni ktorang buat sendiri hasil usaha dan gabungan tenaga kerja anggota LPP..kreatif kan.. heee :-)

Ni gegurl dlm band ni..tapi ade 2orang takde xtau kemana dia..

Yang main gitar tu penaung Rockestra LPP ni.. Cayalahhh En Dzul!!!



Semua yang terlibat dalam Rockestra LPP.....





Sangat-sangat enjoy dengan majlis dan band ni...kepada yang berminat untuk panggil Rockestra LPP perform untuk majlis korang blh la PM for details..hahahaha poyoooo!!!!

Blog Dah Berhabukkkkk!!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hoiiii blog aku dah berhabuk dah..lama sangat dah tak hupdatenyaaaa.. Semenjak aku keje kat tempat baru ni aku tersangat la sibuk...banyak benda dan pengalaman baru yang aku dapat..banyak sangat benda yang aku rasa macam aku nak kongsi...pasal ape yang aku dah involve diri dalam keje baru ni..pasal pengalaman keje aku kat tempat baru ni..dalam stress bekerja ade keseronokan dia..

"ROCKESTRA LPP"

Aku duduk LPP ni aku mula melibatkan diri aku dengan sebuah band nama band tu Rockestra LPP...
Aku enjoy dalam band ni dan aku tak kenal pun orang-orang dalam band ni masa mula-mula aku libatkan diri..tapi once ktorang dah kenal..ktorang semua jd rapat..keluar melepak sekali, pergi karok semua benda la ktorang dah start buat sama-sama...sangat seronok kenal dorang semua..

Ni 1st ktorg keluar..tapi ni campur budak band dan budak LPP yang gila meroyan satu kepala..heee ni lepas Family Day LPP ktorg pegi main bowling..






Macam-macam aktiviti ktorang dah start buat sama-sama...sampai yang latest Iftar sama-sama...semuanya satu kepala....bestttttt!!! Aku harap persahabatan ktorang kekal hingga akhir hayat... :-) :-)

Friday 8 May 2015

SERIBU SATU MACAM PERANGAI MANUSIA DAN KETIDAKFAHAMAN TERHADAP MANUSIA

Salam semua....

Dah lama aku tak update blog ni..naik bersawang dah kot..hihihi

Hari ni aku nak buat luahan perasaan sikit..sebenarnya dah banyak hari nak meluah perasaan ni tapi tak kesampaian so hari ni aku nak meluahkan................

Aku sebenarnya tak faham la dengan sorang manusia ni..dia mcm chipsmore sekejap datang pastu hilang, tapi kali ni dia datang lagi..dia datang buat baik, layan aku dengan baiknya, pastu dia datang dengan seribu satu janji..hmmm...dia masih dia yang sama..masih dia seperti dulu....

Nak dijadikan cerita..satu hari ni aku tak tau ape masalah dia..tiba2 aku kena block, ok aku call tanya kenapa tapi aku tak dapat jawapan yang aku nak...pastu dia janji untuk ambil aku di stesen bas..tiba-tiba aku call tanya boleh tak ambil dia dengan slumber dan tak ade perasaan jawab kat aku "tak boleh" masa tu Tuhan je yang tau ape aku rasa..mau menitis air mata depan orang ramai..(hati perempuankan mudah tersentuh dan lembut..hihihi poyo lah kau!!!!) lidah aku kelu dan aku terus letak phone...then aku sms dia jangan tunjuk muka dekat aku lagi.....

Sebenarnya..selama 5 tahun aku kenal dia..aku tak penah faham ape sebenarnya yang dia nak..sehingga sekarang aku tak tau ape sebenarnya dia nak bila dia cari aku balik dan ape sebenarnya masalah dia bila tiba-tiba aku kena block (hangin mak oiii bila kena blokc!!!) 

So aku cuba belajar daripada pengalaman...
Kadang-kadang kita kena selfish..
Kadang-kadang perempuan ni kena ade sifat lelaki jugak..kena ego sikit, kena keras hati sikit..
sebab perempuan ni dikurniakan dengan sifat muah lembut hati...sebab tu la kau jd macam ni..mudah sangat maafkan orang..hihihi

Jadi aku rasa sekarang aku kena say good bye!!!! good bye untuk orang yang suka-suka hati datang dan pergi...

buat semua PEREMPUAN..awak misteri seperti SEKSI OVARI!!!!

Monday 2 March 2015

Kelmarin Dulu, Kelmarin, Semalam, Hari ini dan Ketika ini....Learn Something

Kelmarin dulu, kelmarin, semalam, hari ini dan ketika ini aku belajar sesuatu...sesuatu yang selama ini aku cuma buat endah tak endah, pandang sebelah mata sahaja..kenapa pada usia aku sekarang baru aku sedar untuk belajar tentang sesuatu itu? kenapa?? tanyalah pada diri sendiri bukan tanya pada orang lain...

Tak apa, belum terlambat lagi untuk belajar sesuatu itu..ya..belum terlambat....tp nak belajar sesuatu itu untuk masa sekarang harus berlari bukan merangkak seperti budak kecil lagi pada usia saya yang sekarang ini..hmm....tak apa kita cuba..hendak seribu daya tak nak seribu dalih kan...

Try to learn something and have to learn everything in this world sebelum kita terlambat. 
Sebenarnya banyak benda yang indah-indah dalam dunia ni yang aku baru belajar..mengenal budaya, perangai, suka duka setiap insan..sejarah disebalik setiap insan dan sejarah sesebuah negeri itu..betapa indahnya...indahnya dunia, indahnya setiap manusia dan indahnya ciptaan Allah itu...Subhanallah...

Aku terjumpa dengan seorang hamaba Allah yang sudi mengajar aku untuk mengenal dan belajar sesuatu itu..menghargai nikmat hidup dan cuba belajar bersabar..bersabar dari segala hal...aku cuba belajar sesuatu itu...

InsyaAllah dengan izinNya.....


Wednesday 17 December 2014

Demam Piala AFF Suzuki Part 2!!!!

Salam...

Hi semua!!!


Nak cita kisah aku pegi tengok bola kat mamak semalam.. aku pegi lepak kat NZ Curry House Wangsa Link..aku sampai sana dalam pukul 6.30ptg, orang dah ramai masa tu, tak tau la dorang tu dtg pukul berapa..hihi tapi nasib baik aku dpt tempat duduk yg best dkt dengan screen so puas hati la.. Lepas maghrib orang dah start ramai...kira penuh la kedai mamak tu...

Aku puas hati jugak la dengan game semalam..aku suka tengok defence Thailand..bagus dorang main tapi team kita pun bagus gak semalam, dorang tak de la main tergopoh gapah sangat. tapi game semalam memang agak mencabar la..macam tak sabar pulak nak tunggu game dekat Bukit Jalil ni.. Pemain-pemain thailand muka muda-muda lagi pastu banyak yang hensem-hensem (hihihi...nampak tak..nampak tak.... hahahahaa) ok..berbalik pada game ok.. hiiii apa-apa pun aku salute la ngan team Malaysia and aku nak tunggu tengok game kat tempat kita nanti..aku doakan kejayaan Malaysia... sama-sama la kita sokong team kita ye.. Cewahhhh!!!!

See you at Bukit Jalil!! Yeaahhh!!!! 

Demam Piala AFF Suzuki!!!

Jom malam ni kita beramai-ramai memeriahkan mamak lepak tengok bola..hihihi bagi semangat sikit kat pasukan bola sepak kita..sebenarnya dah lama aku tak melepak tengok bola..dan dah lama tak tengok bola kat tv, mengikuti perkembangan bola sepak..padahal dulu aku minat bola sepak ni ntah kenapa lepas daripada semua pasukan bola sepak The Red Warrior diambil oleh JDT aku terus tak tengok bola..bukan la tak tengok langsung, tengok jugak tapi dah kurang.. so kali ni semangat nak tengok bola tu dah kembali cuma aku tak berkesempatan nak ke stadium je..aku malas nak bersesak-sesak ke stadium, aku lepak tengok screen besar kat mamak lagi best dan berbaloi sebab boleh nampak besar kan..hihihi
Selalunya orang laki mesti akan complain kalau pempuan tengok bola kan..pastu dorang akan cakap yang pempuan ni tengok bola sebab pemain-pemain dia hensem je..bukan tengok bola pada skill pemain-pemain tu..helloooo guys....ingat ktorg tak tau tengok ke, pada aku..aku suka tengok kumpulan yang pandai main dan skill-skill dorang bukan pada rupa je ok..tapi kalu tiba-tiba pemain yang pandai main tu hensem ape salahnya..hihihi 

Ate..moh le kita malam ni support team malaysia kita ye...hiiiii